Friday, April 26, 2013

As requested

Okay la... memandangkan ada orang request untuk aku menulis tragedi bulan April kat blog ni, maka aku pun tulis la di sini. Tapi ni kalau diorg tak baca memang nak kena sumbat dengan roti sorang-sorang.

Alkisah, semalam aku and kawan aku (nama dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan..gitu!) telah ke sebuah pasaraya besar a.k.a shopping mall kat area tempat kerja aku ni. Kitorg parking kat tempat parking bertingkat tu, not too far from the entrance.Time ni shopping mall tu memang ramai orang, and parking pun almost full, memandangkan gaji baru masuk.

So, anyways, kami berdua asalnya nak pergi membeli grocery, and to tambah stok makanan dalam office kitorg. People, snacks are complusory for me. Even as I work, I must have something to munch, so that tak mengelak daripada mengantuk, tak kisah la makanan apa pun, janji leh kunyah. Ye, even roti Sweetie pun aku tak kisah, but aku prefer yang crunchy macam keropok ke, biskut ke, chewing gum ke...asalkan boleh makan and tak mengakibatkan cirit-birit.

Ok, aku dah melecong ke tempat lain. So, for some reason, kitorg lupa kitorg datang untuk beli groceries, pergi makan la pulak. Hajat nak makan ayam goreng McD, tapi setelah lama beratur, mamat waiter/cashier tu cakap ayam dah habis. Kecewa! Frust dengan ayam, kitorg pergi makan ikan, we went to Sushi King and melantak sepuas-puasnya. Habis makan, kitorg jalan-jalan masuk kedai jewellery, kedai kasut, kedai baju. Kedai ubat a.k.a farmasi pun terjah gak, konon nak beli supplement untuk menyihatkan badan. Sepanjang dua jam kat situ, aku ada la beli 2 things (malas nak cakap apa), tapi kawan aku pulak tak beli apa-apa.

Tengok, membebel benda yang tak relevan lagi. Ok la, straight to the issue. So, kitorg pun bersedia nak balik. We went to the car, and when I clicked, aku perasan signal alarm blinking. Aku ingat 'ah, sudah, takde bateri ke apa? camne nak drive balik?' tapi bila start engine boleh pulak. After waiting for a few minutes, kitorg pun drive keluar. Bila lalu speed bump, I kept hearing this thumping sound. Amende la pulak tu? Dah la malam jumaat kan...ada benda menumpang ke? muahahaha! And then kawan aku bagi reason yang lebih logik daripada benda menumpang; bonet kereta tak tutup ketat kot.

Aku pun 'ha'ahhhh laaaa kan je la hipotesis dia tu. Sampai la aku terfikir, bila masa aku bukak bonet? Minggu ni aku tak ada pernah bukak bonet kereta lagi. So we stopped at the bus station and went to check. Indeed, the car boot was not properly closed. Sebelum aku tutup betul-betul, aku decided to check dulu bonet tu, kot-kot la ada orang nak buat khianat dia letak baby ke apa ke dalam bonet aku.

Then, I realised. Bagpack, vintage handbag and surat khabar lama yang aku guna untuk lapik lepas Broga trip tu...dah takde. Hilang. And I was like..'ooohhhhh damnnn...i just got robbed'. Aku masuk dalam kereta, check the seats and everything, and aku perasan payung aku takde jugak. And botol air aku. Payung transparent (bajet nak feeling macam dalam drama jepun) dan botol air kapsul (yang dibeli dari Korea) aku, hilangggggggggg!!!!!!!

I was shocked, angry, dumbfounded, exasperated...whatever negative emotions you can think of, that was how I felt. Terkejut sampai taktau nak buat apa. I know I should make a report tapi time tu dah nak exit highway, plus kawan aku tu balik naik public, jauh lak tu, aku taknak ambik risiko. So, we drove back straight away. And sepanjang jalan tu, aku tak tau berapa banyak dosa dah aku buat; maki hamun, sumpah seranah, semua perkataan keluar.And sepanjang jalan sampai aku sampai rumah, that alarm thingy won't stop blinking.


Aku taknak explain whatever emotions and feeling and aku taknak cakap whatever shit yang aku nak cakap pasal robber tu. Because aku rasa nanti jenuh pulak orang nak baca. To cut it short, pagi ni aku pergi lodge a police report and went to have my car fixed. Somehow I felt a slight denial and finding it hard to believe that this actually happened. All this while I kept reading news and hearing stories about this incident happening to other people, until it happened to me...

p/s: so there you have it. apa-apa kemusykilan nanti sila tunggu aku buat press conference ye.

That is all

No comments:

Post a Comment